MARAH VS SABAR
Kehidupan sememangnya begini, tidak semestinya indah yang selalu berteman bersama kita. Seawal usia ku 24 tahun, aku baru tersedar yang aku mempunyai perasan yang negative yang akan menghancurkan aku jika aku tidak mengawalnya. Perasaan Marah, tahukan kita sabar adalah pengawalnya. Kini baru ku sedar sabar adalah tools yang terbaik untuk mengawal perasaan marah, sebab itu tertulis yang sabar adalah separuh daripada iman.
Setiap insan ada sifat marah Cuma levelnya kita tak tahu, aku cuba mencari level marah aku. Aku di tahap cepat marah cepat sejuk.
Level marah ku :Aku cepat marah tanpa sebab tapi after few minit aku kembali berfikir waras memikir kenapa marah ku terjadi apa puncanya dan sebabnya selepas tu baru aku kembali memikir waras. So find your own level..
Ini akan membinasakan aku kerana waktu marah ku, aku akan bertindak diluar keadaan, mungkin aku akan meluka hati hati orang disekeliling ku, mana lah kita tahu sewaktu marah. Sebab itu aku susah nak kecil hati, sebab aku belajar berfikiran positive, mengapa keadaan atau situasi itu bertindak sedemikian. Jadi aku memohon sabar menjadi teman ku. Bagaimana untuk melatih diri menjadi sabar itu bergantung kepada seseorang tu sendiri.
Sabar = friends
Aku melatih diri menjadi sabar dengan cara menjadikan sabar itu sebagai kawan baikku. Kawan baik mesti bersama. So sabar ngan aku mesti bersama. Setiap kali aku nak melenting aku berfikir mengenai sabar yang menjadi sahabat baikku selama lamanya. Selagi aku berfikir mengenainya, ia akan membantu ku menyelesaikan masalah aku. Tapi kekadang aku melenting juga sebab tak sabar.
Latihan mengawal marah..Belajar Bersabar
Latihan Pertama...Tunggu siDia..hm lambatnya.
Aku melatih dengan menunggu seseorang: aku memang tak suka tunggu orang sebab waste of time. If we think back every second we spent to waiting by counting like we spending our money, so how much that...RM Billion la. Tapi pikir balik ni investment untuk masa depan. Kalau benda lain bleh plak aku spend kena tak benda ni kan. So aku berbalik kepada menunggu orang tadi. Aku cuba datang awal, sebab aku tak suka lambat dalam sesuatu pertemuan,walaupun pernah sebelum ni nak datang lambat patu mula lah aku yang gelabah. So buang jejauh janji melayu. Kena pikir janji mesti ditepati. so aku datang awal dan bertindak sabar, mencari manfaat memikir hal yang lain contoh apa sebab teman aku lambat, melihat sekeliling dan memikirkan pasal pentingnya sabar. Adakalanya berjaya ada kalanya tak.
Latihan Kedua...Nak Sangat nie...ooohh bersabar.
Pernah tak rasa nak sesangat barang tu atau apa-apa lah, macam aku memang tak sabar kalau tak der duit sanggup berhutang tanpa mengira kesannya. So aku kena ada kawan yang selalu nasihatkan aku..dia selalu suh aku bersabar.. so aku ambil langkah yang paling mudah..fikir sebulan lagi barang yang aku nak beli tu mesti murah sikit..just wait. Kalau nak pergi tempat peranginan plak tunggu sampai ada promotion lah...tunggu tu lah...tunggu nie lah. Kekadang menjadi, especially kalau nak beli barang kalau aku tunggu dulu sampai benda tu murah, so bila lelama aku akan pikir balik dan baru aku rasa yang itu bukan keperluan cuma kemahuan berlandaskan nafsu jer. Tempat peranginan selalunya susah sikit sebab melibatkan masa. Tapi paling bermasalah ialah kalau melibat Year End Sale or ada diskaun yang melampau..memang tak leh sabar kan.